Haisan Resources Berhad-Tube Ice Machine, Contact Freezer, Processing Plant, Refrigeration Spare Parts, Compressor
ext4 ext3 ext2
ADVANCED SEARCH:
Search our product range here:
 
Haisan Ice
Haisan Refrigeration
IGLO
ABW
 
Main  > 2007  >  [Apr 21, 2007] Haisan tawar MTCF RM41j di Vietnam - Utusan


Haisan tawar MTCF RM41j di Vietnam

KUALA LUMPUR 20 April – Haisan Resources Bhd. (Haisan) melalui anak syarikat milik penuhnya IGLO International Ltd. (IGLO International) akan menawarkan kemudahan penyejukan kawalan suhu (MTCF) di Vietnam pada 4 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Haisan, Ong Chin Yet berkata, kemudahan itu ditawarkan bagi kegunaan penyimpanan barangan sejuk di Taman Industri Viet Hoa, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Beliau berkata, MTCF yang berharga AS$12 juta (RM41 juta) bukan hanya boleh digunakan untuk menyimpan makanan beku tetapi produk farmaseutikal dan komoditi industri.

Chin Yet dalam kenyataannya di sini berkata, kini hanya terdapat dua pengendali gudang sejuk di Vietnam.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi Vietnam memerlukan pembangunan infrastruktur logistik bagi menampung keperluan di negara ini.

“Ini termasuk peningkatan permintaan untuk infrastruktur penyimpanan sejuk dalam negara bagi memenuhi peningkatan pengeluaran dan perdagangan,” katanya.

©Utusan Online. 20070421

©Copyright 2006 Haisan Resources Berhad. All rights reserved.
Other products and companies referred to herein are trademarks or registered trademarks
of their respective companies or mark holders Powered by